Logo
P

Pusat Pungutan Zakat - MAIWP

97 employees

Pusat Pungutan Zakat (PPZ) ialah sebuah institusi zakat yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat. Manakala, urusan agihan zakat diuruskan oleh Bahagian Agihan Zakat, MAIWP. PPZ telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad (Tun) pada 8hb. Mac 1991 yang telah menyatakan hasratnya untuk melihat PPZ-MAIWP dapat menolong mewujud satu era baru dalam pentadbiran zakat. Banyak pembaharuan-pembaharuan lain telah dibawa oleh Hartasuci dalam mentadbir PPZ-MAIWP semenjak dari tahun 1991. Pembaharuan-pembaharuan ini dapat dijalankan kerana struktur dan sistem secara korporat yang tidak terikat dengan karenah birokrasi mewujudkan suasana yang menggalakkan inovasi, proaktif dan mementingkan pelanggan iaitu pembayar zakat. PPZ-MAIWP mendengar serta mengambil tindakan yang pantas atas pandangan masyarakat berkenaan dengan pembayaran zakat. PPZ-MAIWP menjadi contoh organisasi kutipan zakat di Malaysia kerana julung kali mula beroperasi menggunakan teknologi komputer semenjak pengoperasian. Kecekapan dan keberkesanannya meningkatkan kutipan zakat dari tahun ke tahun serta bentuk pemasaran yang agresif meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk berzakat. Baitulmal berjaya menjalankan pelbagai bentuk program dan mendirikan beberapa pusat sosial, kebajikan dan pendidikan khususnya masyarakat bandar hasil dari kutipan zakat yang meningkat setiap tahun.

Basic info

Industry

Non-profit Organizations

Sectors

Non-profit Organizations

Date founded

1989

FAQ