Logo
S

Sekolah Kebangsaan LB Johnson

115 employees

Sekitar tahun 1962, kawasan ini dikenali sebagai Kampung Sungai Chincang berhampiran Pekan Salak Tinggi. Pembukaan tanah baru di bawah Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) dikenali sebagai Tanah Rancangan Labu Jaya. Pada ketika itu, bilangan rumah kediaman 300 buah dibina bagi menampung penduduk seramai 300 keluarga. Sekolah Kebangsaan Labu Jaya (nama asal) Sekolah Kebangsaan LB. Johnson didirikan atas tanah berkeluasan lebih kurang 10 ekar. Sesi awal persekolahan bermula pada 12 Januari 1964, Sekolah Kebangsaan Labu Jaya menerima bilangan pelajar seramai 346 orang. Perasmian sekolah telah disempurnakan oleh YB Encik Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu. Terdapat dua blok bangunan satu tingkat iaitu Blok A dan Blok B bagi menampung kelas Tahun 1 dan Tahun 2. Pada 30 Oktober 1966, kunjungan Presiden Lyndon Baines Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-36 ke tanah rancangan ini mengeratkan hubungan dua hala Malaysia – Amerika Syarikat, Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Ke-2, mengabadikan nama LB Johnson menggantikan Tanah Rancangan FELDA Labu Jaya. Sehubungan dengan itu, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan L.B. Johnson.

Basic info

Industry

Education Administration Programs

Sectors

Education Administration Programs

Date founded

1964

FAQ